Kerajaan diminta mewujudkan satu pangkalan khas dan menggunakan teknologi baharu seperti dron bagi tujuan pemantauan serta mengawasi kawasan perairan utara pulau bagi mengekang kemasukan pelarian etnik Rohingya.
Ketua UMNO Bahagian Langkawi Datuk Nawawi Ahmad berkata pelarian etnik Rohingya yang berjaya bolos masuk ke pulau ini menimbulkan keresahan dan kebimbangan dalam kalangan penduduk setempat.
Antara yang dibimbangi sekiranya pelarian itu positif COVID-19 atau tidak menerima vaksin yang baik seterusnya memberi kesan kepada penduduk atau pelancong di pulau ini.
"Justeru kita harap kerajaan boleh beri pertimbangan bagi mewujudkan satu pusat atau pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di kawasan perairan utara Langkawi.
"TLDM sudah ada pangkalan di selatan pulau ini tetapi time taken untuk travel dari selatan ke utara mengambil masa 45 minit hingga sejam.
"Kerajaan juga boleh guna teknologi baharu seperti dron yang lebih murah berbanding helikopter untuk mengawal kawasan perairan utara pulau ini," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.
Turut hadir Timbalan Ketua UMNO Bahagian Langkawi, Nor Saidi Nanyan.
Pada Isnin, 269 warga Rohingya yang cuba menceroboh perairan Langkawi ditahan dengan pihak berkuasa turut menemukan mayat seorang wanita dalam bot yang dinaiki pendatang tanpa izin itu.
Malaysia bertegas, tidak lagi terima pelarian Rohingya - Ismail Sabri
Bangladesh enggan terima Rohingya ditahan di Malaysia
269 pelarian Rohingya ceroboh negara akan jalani saringan COVID-19
Sementara itu Nor Saidi berharap kerajaan mengguna pakai pengalaman di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) untuk membantu tugas pengawasan dan pemantauan di perairan Langkawi.
"Pengalaman ESSCom boleh dipraktikkan serta diguna untuk menangani isu kemasukan Rohingya di Langkawi.
"Ini perlu kerana difahamkan masih banyak lagi bot membawa pelarian menunggu masa untuk masuk ke Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 10 2020
Nawawi (gambar) berkata pelarian etnik Rohingya yang berjaya bolos masuk ke pulau ini menimbulkan keresahan dan kebimbangan dalam kalangan penduduk setempat. -Gambar fail
Singapura tingkatkan langkah keselamatan selepas serangan Balai Polis Ulu Tiram
Singapura telah meningkatkan langkah-langkah keselamatan, termasuk di pusat pemeriksaan negara, susulan serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor, pada Jumaat.
Lapangan terbang baharu dapat atasi isu tiket mahal
Cadangan Sarawak untuk membangunkan sebuah lapangan terbang antarabangsa baharu di Kuching bukan sekadar bagi menyokong pertumbuhan ekonomi dan industri penerbangan, sebaliknya langkah jangka panjang mengatasi isu harga tiket mahal.
Sarawak yakin pendapatan negeri terus meningkat - Abang Johari
Sarawak yakin kadar pendapatan negeri itu dapat terus ditingkatkan dalam tempoh dua hingga tiga tahun ini berikutan pertumbuhan ekonomi negeri yang dilihat cukup memberangsangkan.
Tumpuan Ahad – 19 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jenazah konstabel Ahmad Azza Fahmi selamat dikebumikan di Bidor
Jenazah konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Poh, Bidor, Perak kira-kira jam 7.20 malam Sabtu.
[TERKINI] Suspek bukan anggota JI - KPN
Polis mengenal pasti suspek yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram, Johor pada Jumaat tiada kaitan dengan kumpulan pengganas.
Tidak wajar gelar Islam sebagai agama keganasan
Tidak wajar bagi segelintir pihak melabel Islam kononnya sebagai agama keganasan.
Ini kerana menurut Ketua Pegawai Eksekutif Chasseur Group, Felo Pelawat, International Centre For Counter-Terrorism (ICCT), The Hague, Munira Mustaffa, penggunaan agama dalam melancarkan agenda keganasan merupakan taktik kumpulan pengganas dalam merekrut ahli yang memiliki fahaman sama.
Ini kerana menurut Ketua Pegawai Eksekutif Chasseur Group, Felo Pelawat, International Centre For Counter-Terrorism (ICCT), The Hague, Munira Mustaffa, penggunaan agama dalam melancarkan agenda keganasan merupakan taktik kumpulan pengganas dalam merekrut ahli yang memiliki fahaman sama.
MoU,MoA UUM dengan BFA tingkat kualiti pendidikan tinggi - Dr Mohd Foad
Lawatan rasmi Anwar ke Uzbekistan membuka peluang kepada kerjasama pendidikan tinggi apabila UUM menandatangani MoU dan MoA dengan institusi pendidikan tinggi negara itu.
Provinsi Hainan, 'Hawaii China' yang tidak pernah tidur
Keunikan seni bina warisan serta khazanah sejarahnya dari Tembok Besar China, monumen Tiananmen mahupun Kota Larangan membuatkan pelancong seluruh dunia berpusu-pusu datang.
Angka korban rakyat Palestin di Gaza hampiri 35,400 orang
Sekurang-kurangnya 35,386 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt tahun lepas, kata Kementerian Kesihatan di wilayah yang terkepung itu pada Sabtu.
Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara kembali diadakan
Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara kembali diadakan semula di Istana Negara, di sini hari ini selepas terhenti seketika susulan penularan pandemik COVID-19 sejak 2019.
Persiapan Sarawak untuk RMK13 akan bermula tahun ini - Abang Johari
Persiapan Sarawak untuk RMK13 akan dimulakan tahun ini dengan tumpuan utama untuk melaksanakan fasa kedua PCDS 2030.
Kerajaan jamin sediakan rawatan kesan sampingan vaksin COVID-19 termasuk AstraZeneca - Dzulkefly
Kerajaan memberi jaminan akan menyediakan rawatan susulan bagi penerima vaksin COVID-19 termasuk AstraZeneca yang terbukti mengalami kesan sampingan.
KKM keluar kenyataan berkaitan vaksin AstraZeneca dalam masa terdekat
KKM akan mengeluarkan kenyataan berhubung isu penarikan balik vaksin COVID-19 keluaran AstraZeneca dalam masa terdekat.
Isu tunggakan cetakan MyKid bakal selesai Julai ini - JPN
Isu cetakan MyKid yang tertunggak akibat masalah perolehan bekalan mikrocip semasa pandemik COVID-19 lalu dijangka dapat diselesaikan pada Julai ini secara berperingkat di seluruh negara.
Program Jana Wibawa dilaksana selepas dapat persetujuan Jemaah Menteri - Saksi
Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa cadangan mengenai Jana Wibawa telah dibawa ke mesyuarat untuk pertimbangan sebelum Jemaah Menteri memutuskan supaya program itu diteruskan pada 2020.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.